visit our fren and also a patner on buluh madu.
disini saya ingin berkongsi mengenai buluh madu yang sangat popular di kalangan orang utara,malahan satu malaysia lebih lebih lagi sekiranya sudah hampir dengan musim cuti sekolah kerana permintaan untuk rebung dari buluh madu ini tidak akan mencukupi kerana menu rebung masak gulai menjadi idaman kepada jemputan majlis kenduri kahwin yang hadir.
Pak hashim merupakan rakan baik patner saya semasa dalam tugas dahulu, pak hashim telah memulakan tanaman buluh madu secara kecil kecilan dan sekarang mula berkembang. beberapa teknik telah kami kongsi dan gunakan bersama dalam menjayakan projek beliau iaitu dengan mengunakan EM.1 dan juga vermikompos. alhamdulilah hasil nya mula bertambah dan kami gembira dapat membantu beliau menambahkan pengeluran rebung madu. di bawah ini adalah diantara gambar gambar berkenaan buluh madu yang amat popular dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan.
AnAk PoKoK bUlUh MaDu YaNg BaRu Di TaNaM
perkara penting yang perlu diambil kira ialah sistem pengairan yang baik, benih pokok yang sihat, meletak kan baja organik seperti vermikompos sebelum menanam pokok buluh ini. semut dan anai anai amat mengemari anak pokok buluh ini kerana ia nya manis dan sistem pengakaran yang masih muda. oleh kerana itu disini dinasihatkan pengunaan furadan dalam kuantiti yang sedikit digalakan sewaktu mula menanam, walau bagaimanapun penggunaan EM.1 dapat membantu pokok ini menjadi lebih kuat kerana kesan penggunaan EM.1 ini menjadi insect repellant daripada anai anai ataupun semut. ketahanan pokok tersebut amat tinggi dan ia membantu pokok ini untuk kekal subur dan mengeluarkan hasil
Setelah 7-8 bulan
rebung sudah mula kelihatan kuar dari pokok buluh. kesan dari penggunaan EM.1 dan vermikompos kepada tanaman buluh madu amat memberangsangkan dan menurut pak hashim hasil rebung yang lebih banyak dan berat daripada penggunaan kombinasi tersebut mendatangkan pulangan yang lumayan.
BaTaNg PaIp uNtUk MeNyUkAt ReBuNg YaNg BoLeH d PoTong
penggunaan batang paip adalah supaya rebung yang terhasil dapat di agak pengeluaran nya kerana pada waktu ini hasil rebung masih lagi lembut.masa yang di ambil dari panjang beberapa inchi kepada tiga kaki lebig kurang dalam 3-4hari.
PeRsEkItArAn TaNaMaN bUlUh MaDu
ReBuNg BuLuH yAnG tErHaSiL
rebung dari buluh ini perlu dibersihkan dalam masa 1 hari setelah diambil dari pokok, selepas proses mengeluarkan rebung dari pokok buluh ini, rebung tersebut harus direndam dalam air, untuk mengelakkan dari rebung tersebut kering dan berasa pahit. rebung ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan berbulan lamanya.
antara masakan dari rebung madu tersebut yang telah di masak oleh isteri pak hashim untuk makan tengahari kami.
rebung di rebus bersama sedikit garam dijadikan ulam.
rebung masak sayur bayam
gulai rebung ayam kampung
lepas makan tengahari kami pun push off balik kl... hope to make another trip to utara. this time around kena bawa rod, boleh pancing sebarau, baung dan lain lain..
tidak lupa terima kasih pada pak hashim dan isteri menerima kedatangan kami ke sana.





salam... sedapnya... dah lama tak makan rebung yg di korek sendiri di belakang rumah... (buluh yg org buat galah kait kelapa sawit)
ReplyDeletememang best dapat makan rebung fresh ni.. masak lomak cili api... huh terangkat..
tapi bulu ni.. comel2 lah pulak..
terdapat sedikit perbezaan untuk buluh ini
ReplyDelete1) sekiranya selalu di pruning maka pokok nya tidak terlalu merimbun
2) pokok ini tidak menyebabkan kegatalan kulit bagi yang alah pada miang buluh
3) tinggi pokok ini lebih kurang 8 kaki sahaja dan merimbun.
4) yang penting sekali..ehheh..da tntula rbungnya yang lembut dan sedap...
Salam , macamana nak menyediakan benih (anak pokok ) daripada pokok yang sedia ada ?
ReplyDeleteTerima kasih.