Tuesday, March 9, 2010

plant propagation, pembiakan pokok

salam my beloved reader, kali ini saya akan berkongsi mengenai teknik pembiakan pokok melalui kaedah tot.

terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam membiakan pokok. diantaranya melalui keratan batang, penanaman biji benih dan kaedah tot. setiap satu ada kelebihan dan kekurangan masing masing.
tujuan tot.
1) mempercepatkan kadar pertumbuhan sesuatu pokok

2) mempercepatkan hasil bagi pokok yang berbuah.

di sini saya akan menerangkan langkah langkah dan cara untuk mengetut pokok limau nipis.

waktu yang paling sesuai untuk menjalankan kaedah ini diawal pagi, sebelum terik matahari terasa. yang paling penting pilih dahan yang sihat dari serangan serangga atau penyakit.

1) rendamkan peat moss atau spgnum moss selama 12 jam atau sehingga kembang/diserap air seeloknye air yang dicampur dengan EMAS ( Activated solution ) pada kadar 1:1000
peat moss (GIFI)


spangnum moss



tujuan pemilihan 2 bahan ini adalah kerana ia dapat membantu pengakaran pokok. anda boleh juga menggunakan tanah hitam campuran walaubagaimanapun, pemilihan bahan ini adalah terpulang kepada budget dan kemudahan u all.
1) pilih dahan yang cantik tidak di serang serangga atau penyakit.



2) dengan menggunakan pisau yang tajam buat keratan pada permukaan dahan tersebut pada 2 bahagian.


3) cuba tanggalkan/kikis permukaan kulit tersebut dengan berhati hati sehingga mendedahkan bahagian dalam batang.(lukakan sedikit bahagian dalam batang yang berwarna putih itu bertujuan dalam keadaan stress hormon pokok akan berubah)


4)sapukan hormon growth ( medium pengakaran pada bahagian yang terdedah tadi bertujuan untuk mempercepatkan lagi kadar pertumbuhan akar)


5) potong peat moss yang kembang tadi kepada 2 bahagian, kemudian bungkus dengan plastik. tinggalkan sedikit ruang sewaktu membungkus peat moss tadi, bertujuan untuk pengudaraan dan juga untuk penyiraman air kepada bahagian tot bagi megelakkan dari kering.( ini akan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan akar.)







6) dalam kes spgnum moss ambil sedikit kemudian kepalkan spagnum moss tersebut sebelum ditampalkan keatas dahan yang terdedah, kemudian dibungkus bersama plastik dengan kaedah yang sama seperti peat moss.
i.allah dalam masa sebulan akar akan mula memenuni bungkusan plastik anda. setelah akar memenuhi bugkusan peat moss tersebut barulah di pindahkan ke dalam polibag supaya akar akan tumbuh dengan lebih banyak sebelum dipindahkan ke tanah.
last, practise make perfect, anda juga harus membaca dan mencuba supaya anda akan lebih mahir dan berjaya. pertanian adalah satu bidang yang penuh dengan keindahan. saya doakan anda berjaya dalam teknik ini.
selamat mencuba dan selamat beramal. renung-renungkan......

0 comments:

Post a Comment