proses ini bermula dari incubator sehingga berusia 3 minggu.
1. proses memasukan telur ayam api api ke dalam incubator ( alat penetasan telur )
perkara yang perlu di ambil kira dalam proses penetasan telur ayam
- induk yang matang (menyumbang kepada kualiti telur dan sperma jantan yang sihat)
- kualiti telur ( tidak terkena air )
- incubator yang bagus
- suhu incubator perlu pada maksimum 38 c minimum 36 c.
- kelembapan relatif dalam incubator lebih kurang 60 peratus
- sekiranya incubator diselengara secara manual anda perlu memusing telur tersebut sekurang kurangnya 2 kali sehari.
1.1
1.2

2. pada hari ke lima-tujuh, telur ayam api api harus di candle untuk memastikan telur didalam incubator menjalani proses persenyawaan. anda akan dapat lihat titik darah kemudian urat yang terbentuk dari titik darah tersebut. telur yang tidak mengandungi benih perlu di keluarkan untuk menjimatkan ruang bagi telur telur yang lain.

2.2

3. penetasan ayam api api mengambil masa selama 28 hari. walaubagaimanapun ini bergantung kepada keadaan incubator.terawal atau terlambat itu adalah perkara normal. Sekiranya telur tersebut menetas terlalu awal terdapat kebarangkalian yang anak ayam tersebut dalam phasa 'prematured', ini kadang kala boleh menyebabkan kematian. sekiranya telur tidak menetas, anak ayam tersebut mungkin telah mati didalam telur.

proses memusingkan telur perlu diberhentikan pada hari ke 25 kerana anak ayam yang bakal menetas itu berada dalam kedudukan kepala keatas dan bersedia untuk menebuk kulit telur. di khuatiri sekiranya proses memusingkan telur ini diteruskan akan menyebabkan tali pusat terbelit dan anak ayam tesebut mati.
baru menebuk kulit telur dan rekahan telur (oksigen pertama)
4. dari proses keretakan kulit telur kepada keluarnya anak ayam tersebut kebiasaannya dalam masa 12 jam, sekiranya lebih dari waktu tersebut kita harus membantu dengan memecahkan kulit telur tesebut sedikit demi sedikit, jika tidak dilakukan kemungkinan besar anak ayam tersebut akan lemas.
anak ayam api api masih dalam sarung telur
4.1
4.2
5. setelah ia menetas, biarkan anak anak ayam tersebut didalam incubator selama 2 hari atau sehingga bulunya kering. anak ayam ini boleh survive sehingga hari ke dua kerana dalam waktu ini ia menggunakan baki kuning telur dari dalam perut untuk bertahan.
5.1 gambar anak ayam api api yang baru menetas
5.2 gambar anak ayam api api yang baru menetas
6. pindahkan anak anak ayam tersebut ke dalam tempat didik anak ( brooder ) selama seminggu atau 2 minggu (24 jam) mentol yang digunakan bergantung kepada saiz brooder, di syorkan 25-100watt. sebelum memindahkan ke tempat brooder juvenile yang lebih besar ( malam sahaja ) selama 2 bulan sebelum di lepaskan ke kawasan reban. makanan untuk anak anak ayam ini ialah makanan starter untuk anak ayam kerana kadar protein yang tinggi diperlukan untuk pembesaran.
- perkara yang perlu diambil perhatian dalam pembuatan tempat didik anak ayam (brooder)
1) pastikan ruang yang mencukupi untuk anak ayam berlari ( tidak terlalu sempit)
2) mentol yang digunakan di antara 25-100w ( bergantung kepada keluasan brooder )
3) pastikan dilindungi dari tiupan angin
4) pastikan terdapat pergerakan udara di dalam brooder ( mengelakkan anak ayam lemas )
p/s, bagi mereka yang membeli benih anak ayam api api, berusia bawah 1 bulan pastikan anda memilik tempat didik ini walaupun ayam api api ini dalam kategori yang lasak, tapi masih memerlukan haba dari lampu untuk memanaskan badan. anda juga boleh menggunakan beberapa ubat anti stress, atau vitamin dalam memastikan kesihatan anak ayam api api ini dalam keadaaan optimum.
ubat selsema burung
anti stress dan vitamin
penggunaan EMAS (EM ACTIVATED SOLUTION) dalam campuran air minuman dan BOKASHI dalam campuran makanan juga digalakkan kerana dapat membantu meningkatkan antibodi anak ayam tersebut.
brooder ( photo dari luar )
bahagian dalam brooder ( anak umur 5 hari )
bahagian dalam brooder ( Anak umur 5 hari )
anak ayam mutiara pied hasil daripada ( selective breeding ) usia 3 minggu
anak ayam mutiara pied hasil daripada (selective breeding)
anak ayam mutiara pied hasil daripada (selective breeding)
semoga anda mendapat idea dari apa yang saya kongsikan.
sebarang pembacaan dari sumber sumber ilmiah amat digalakkan supaya anda akan menjadi lebih mahir, paham dan berjaya.
proses penetasan dan penjagaan ayam api api ini memerlukan praktikal berterusan dimana anda akan belajar melalui pengalaman anda sendiri.

salam..nak tanye.selective breeding tu dibuat secara free range atau kurung?
ReplyDelete