Wednesday, March 10, 2010

teknik mengubati kecacatan kepak angsa ( water fowl )

salam rakan penternak and reader,

Fenomena kepak terkepak atau lebih dikenali sebagai kepak kapal terbang ( aeroplane wing ) atau (angle wing) jarang berlaku tetapi dalam unggas air ia akan boleh berlaku sekiranya faktor faktor yang saya post kan dibawah diambil kira. Mungkin rakan rakan penternak angsa ada melihat angsa mereka mengalami kecacatan ini.
Kali nie aku nak share dengan korang berkenaan dengan satu teknik yang telah kami gunakan untuk merawat angsa yang mengalami kecacatan kepak kapal terbang ( aeroplane wing ) ( angle wing), perkara ini telah berlaku pada kami tahun lepas dimana kami mendapati kepak beberapa ekor anak anak angsa yang pada mula dalam keadaan normal telah menjadi cacat, seperti dalam gambar. kecacatan ini jika tidak dirawat akan terus kekal sampai ke usia dewasa.



terlebih dahulu aku akan terangkan pengenalan mengenai aeroplane wing dan angle wing ini,
kebiasaan terjadi kepada water fowl. (angsa, itik dan sebarang unggas yang berkait dengan air. walaubagaimanapun kebiasaannya lebih berlaku keatas ternakan angsa)

simptom.
kita akan dapat lihat ia bermula seawal usia sebulan atau 2 bulan, dimana blood feathers nye akan tumbuh dengan cepat tak balanced dengan pertumbuhan kepak dan badan. lama kelamaan kadar pertumbuhan kepak yang cepat ini akan mengakibatkan kepak nya terkepak keluar.

punca

1) sebenarnya keadaan ini lebih berpunca kepada diet makanan yang tak tepat dimana kadar protien yang terlalu tinggi menjadi penyebab utama. so itu puncanya makanan komersial bagi itik angsa berbeza dari segi kandungan protein berbanding ayam. ( selalu berlaku ). ini yang berlaku kepada kami.

2) semasa dalam proses incubator dimana pada waktu ini sewaktu kita memusingkan telur dan juga suhu incubator yang tidak stabil.

3) kadang kala kecederaan semasa angsa bermain ( jarang berlaku )

4) genetik ( biasanya angsa jantan yang mudah terkena kecacatan ini ) peratus kebarangkalian tidak tinggi.

perkara yang bakal berlaku.

1) angsa dewasa yang masih dalam keadaan kepak kapal terbang ini kemungkinan besar akan mati awal dan langsung tidak mampu terbang

2) angsa muda boleh di ubati dengan menggunakan teknik yang akan saya post kan di bawah.

3) kawal diet pemakanan angsa yang telah cuba kita ubati ini dengan cara mengasingkan nya atau pun dengan memberikan dedak yang rendah protein sehingga kecacatan kepak kapal terbang itu sembuh.

teknik mengubati kecacatan kepak kapal terbang pada angsa.
perlu diingat teknik ini hanya sesuai untuk angsa yang masih muda, bagi angsa yang telah matang tidak digalakkan untuk dicuba.
bahan bahan yang diperlukan.



boleh didapati dari farmasi
1) angsa yang telah dikenal pasti mengalami masalah kepak kapal terbang di kenal pasti

2) lakukan rengangan keatas kepak tersebut ( secara perlahan lahan tarik dan lepaskan kepak tersebut )



3) bermula dengan ambil bandage tadi dan disisipkan dengan kemas keatas kepak tersebut. mulakan dari hujung kepak ( blood feather ). rapikan sebanyak 2 ke 3 kali pusingan kemudian rapatkan blood feather kebawah kepak utama diikuti dengan satu atau uda pusingan.




untuk gambaran yang lebih jelas

perkara yang bakal berlaku setelah rawatan dilakukan angsa tersebut mugkin kurang dapat mengimbangi badan pada awalnya tetapi setelah ia dapat membiasakan diri tidak menjadi masalah.
selepas tiga hari anda harus membuka ikatan tersebut, lakukan regangan keatas kepak angsa tersebut kemudian ulang semula dengan mengikat kembali kepak tersebut.lakukan selama tiga ke empat kali. insyallah kepak tersebut akan kembali normal seperti sediakala seperti mana yang berlaku kepada kami.
dinasihatkan lakukan kerja ini berdua kerana sorang lagi dapat membantu untuk mententeramkan angsa terlibat.
p/s: bandage yang digunakan itu adalah yang kalis air harganya agak mahal sedikit berbanding bandage biasa.
terdapat juga info dalam posting ini diambil daripada internet.
seperti biasa lakukan bacaan tambahan di internet dengan search 'angle wing in water fowl'. disana anda akan mendapat lebih info.
selamat mencuba dan selamat beramal.. renung renungkan..

4 comments:

  1. patotlar..saya biasa tengok kepak angsa camnie..payah gak nak mengubat nyer ekk..

    ReplyDelete
  2. tak la payah sgt, yang penting berani mencuba and niat yang murni mahu tgk kepak angsa itu normal kembali..

    ReplyDelete
  3. amazing la internet ni, my prayer has already been aswered.

    will try this & let you guys know the outcome. thanks a zillion!

    ReplyDelete
  4. salam. saya ada bela angsa putih 2 ekor. masalah sayap dia jatuh kedua2 belah. bukan aeroplane wing. ada tips untuk rawat tak. angsa sekarang berumur sekitar 3 bulan.

    ReplyDelete