Lalat buah ( fruit flys) merupakan serangga yang amat popular dalam merosakan buah buahan serta sayuran berbuah, keadaan ini amat merugikan petani besar dan juga kecil serta rakan rakan yang memiliki kebun kecil di rumah. Lalat buah akan menyerang pokok pokok berbuah dan sayuran berbuah seperti belimbing, mangga, jambu batu, betik, cili, terung, tomato, nangka, cempedak dan beberapa lagi buah buahan tropika yang kita tanam dengan menyuntik telur kedalam buah buah tersebut, ini akan menyebabkan buah buahan serta sayur tersebut rosak sebelum dapat dipetik. jangka hayat lalat buah adalah selama 20- 28 hari, sekiranya sempat mengawan akan bertelur dan menghasilkan dalam 1200 biji telur. Teknik ini merupakan alternatif selain daripada teknik membungkus buah, dan menyembur racun serangga keatas tanaman.
Disini saya mengunakan aplikasi perangkap menggunakan ( cecair methyl eugenol )daripada menggunakan racun serangga kerana penggunaan racun serangga amat merbahaya kepada pengguna dan alam sekitar seperti kita.Hanya dengan beberapa titik sahaja cecair ini digunakan, dapat membantu mangawal serangga ini dari terus menyerang sayuran berbuah serta buah buahan kita. cecair penarik lalat buah ini amat sesuai digunakan dalam sistem kebun anda sebagai langkah pencegahan awal.
Titiskan beberapa titik cecair lalat buah keatas kertas gam perangkap lalat pada bahagaian yang boleh memerangkap lalat. sekiranya dikawasan anda terdapat serangga lalat buah ini, maka dalam masa beberapa minit sahaja lalat buah akan tertarik kepada aroma daripada cecair methyl eugenol ini dan kakinya akan terlekat keatas kawasan gam pada kertas perangkap lalat buah.
1) teknik ini sesuai untuk kebun kecil di rumah (laman sayur dan pokok buahan yang minimum)
setelah 5 minit cecair methyl eugenol diletakkan. ( sekiranya di kawasan anda terdapat masalah lalat buah yang teruk )
LALAT BUAH YANG TERPERANGKAP DIATAS GAM PERANGKAP LALAT BIASA
Setelah sehari diletakkan di kawasan kebun yang memiliki lalat buah yang banyak.
Teknik ini sesuai kepada mereka yang memilik kebun kecil dan tanaman buah buahan yang sedikit dibelakang rumah supaya kamu dapat menikmati buah serta cili anda.
2) Teknik yang sesuai untuk ladang atau kebun buah.
Bagi ladang atau kebun, lebih sesuai sekiranya menggunakan perangkap lalat buah seperti dibawah, sekurang-kurangya anda memerlukan sebanyak 5 atau lebih perangkap seperti ini untuk kawasan kebun seluas setengah ekar bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam.
Sediakan bekas perangkap lalat buah seperti dibawah. atau boleh mendapatkan daripada kami pada harga RM 20 setiap perangkap.( tak termasuk kos penghantaran )
Gantungkan perangkap itu ke beberapa bahagian dalam kawasan kebun anda.
Letakkan beberapa titis racun serangga seperti malathion atau lain lain kepada tempat umpan kemudian titiskan beberapa titik cecair methyl eugenol kepada umpan tersebut dan digantung kedalam bekas perangkap tersebut. Anda tidak perlu khuatir kerana racun tersebut tidak akan mendatangkan kesan kepada tanaman kerana ia tidak terkena pada tanaman anda.
Sila patuhi arahan sewaktu mengendalikan racun serangga sahaja, untuk methyl eugenol cara pengendalian tidak terlalu berbahaya.
Lalat buah mula tertarik kepada perangkap yang telah diletakkan umpan methyl eugenol dan racun serangga.
setelah 5-10minit
Lalat buah yang telah terkena umpan yang dipasang di dalam perangkap
Lalat buah akan tertarik kepada hormon methyl eugenol lantas masuk kedalam perangkap, apabila lalat buah menyentuh umpan yang mengandungi racun serangga tersebut, lalat buah akan mati dan jatuh ke permukaan bawah perangkap.
setelah 24 jam
Keberkesanan umpan perangkap ini bergantung ke atas kombinasi racun yang digunakan bersama sama methyl eugenol tersebut, setelah anda pasti racun tersebut sudah meruap, maka tambahkan lagi racun keatas umpan kemudian diletakkan kembali dalam masa 2 minggu.
Sebotol methyl eugenol itu boleh menghasilkan untuk lebih daripada 30 perangkap yang dapat membantu mengawal populasi lalat buah.
SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BARANG BARANG INI.
HARGA UNTUK SEBOTOL METHYL EUGANOL RM 25 ( termasuk penghantaran menggunakan pos )
HARGA UNTUK 1 PERANGKAP LALAT BUAH RM 20 ( tidak termasuk kos penghantaran )
HARGA UNTUK GAM PEREKAT LALAT BUAH YANG TELAH SEDIA UNTUK DIGUNAKAN 5 SET RM 20 ( TERMASUK KOS PENGHANTARAN )
sms saya alamat lengkap ( untuk penghantaran barang menggunakan pos ekspress )
pembayaran boleh di buat kedalam akaun maybank, barang akan dihantar setelah bayaran diselesaikan.




